PEMUDA MAHU 'PARTI MENGUASAI KERAJAAN'
Usul Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang
Tajuk Usul : Ekonomi

Pencadang
Encik Mohd Ariffin bin Mohd Razid, Wakil Pergerakan Pemuda Bahagian

Mengakui:,
Malaysia kini berada di dalam keadaan aman, makmur, sejahtera dan bebas dari ancaman pengganas. Kestabilan politik dan kedudukan ekonomi yang stabil menjadikan Malaysia destinasi pelabur-pelabur asing mengembangkan perniagaan mereka di sini. Krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 1997 dan 1998 mula ditinggalkan untuk negara kita memacu semula pertumbuhan ekonomi yang baik pada setiap tahun.

Senario dan gelodakan ekonomi negara memang telah berlalu walaupun ianya meninggalkan beberapa kesan sampingan kepada negara. Peristiwa-peristiwa tersebut telah mengajar erti kematangan dan kesabaran rakyat menghadapinya. Dan Alhamdulillah pucuk pimpinan negara tetap bersedia menghadapi gelombang dan badai dengan penuh pertanggungjawaban (akauntibiliti) serta sokongan padu rakyat jelata.

Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia berjaya meyakinkan dunia bahawa Malaysia berjaya menangani krisis ekonomi dengan baiknya dari di belenggu masalah pinjaman yang ditaja oleh Bank Dunia. Jasa dan pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya dalam memajukan ekonomi negara khususnya pada orang-orang Melayu.
Kini usaha beliau di teruskan oleh Perdana Menteri kita yang kelima YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Sudah lebih satu tahun beliau memimpin negara dan hasilnya kedudukan ekonomi negara semakin baik dan stabil. Jumlah rizab simpanan negara bertambah ke 216 juta billion dan mampu untuk membayar hutang negara bagi tempoh 11 bulan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara juga telah meningkat 5.6 peratus untuk suku keempat negara pada tahun lalu (secara keseluruhannya 7.1 peratus pada tahun lalu)

Projek-projek pembangunan negara khususnya di Negeri Selangor dan Daerah Sepang ini semakin bertambah dan giat dijalankan walaupun proses pembayaran kerajaan kepada kontrakor agak perlahan. Isu kenaikan tol dan petroleum seperti diesel dan petrol dapat diterima dengan baik oleh semua pihak walaupun kerajaan mengurangkan beban subsidi. Ini semua kerana rakyat Malaysia bijak berfikir dan mampu menangani permasalahan tersebut tanpa sebarang tekanan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menyedari:,
Negeri Selangor akan diumumkan sebagai negeri maju pada tanggal 31 Ogos 2005 ini nanti, maka seluruh rakyat perlu memahami akan konsep negeri maju tersebut. Akan tetapi pernahkan kita terfikir apakah maju bagi orang-orang Melayu khususnya. Ekonomi di bandar-bandar dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu. Perniagaan besar dan kecil juga dipegang oleh orang-orang bukan Melayu.
Apakah ini dikatakan maju bagi orang-orang Melayu . Bangsa Melayu harus sedar dan bangun dari lamunan mimpi. Bangsa Melayu perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk mencapai matlamat menjana ekonomi kekuatan Melayu.

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kewangan, Kementerian Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan kerajaan-kerajaan negeri perlu mengambil suatu pendekatan dan jalan terbaik untuk membantu Melayu berjaya di dalam bidang ekonomi. Tidak dinafikan, terdapat juga orang-orang Melayu yang berjaya sehingga digelar jutawan dan hartawan. Akan tetapi jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain.

Menginsafi;
Bangsa Melayu merupakan bangsa yang bertuah di bumi Malaysia ini. Adalah menjadi harapan agar RMK9 yang sedang dirancang dan disusun akan dapat mencorak stategi pembangunan mantap sehingga tahun 2010/2011 yang boleh menguntungkan Melayu. Ini merupakan peluang terakhir bagi pihak kerajaan untuk menggubal satu stategi yang baru bagi meneruskan stategi pertumbuhan ekonomi dan pegangan ekuiti yang saksama. Inilah yang dimaksudkan apabila kita menyebut tentang menghidupkan semua semangat DEB yang banyak memberi manfaat dan kebaikan pada orang-orang Melayu.

RMK9 merupakan peluang terbaik bagi kerajaan untuk melihat semula jurang perbezaan kaum dalam kuasa ekonomi. Kalau agenda ini tidak diperjuangkan sekarang, wajarkah untuk kita menunggu sehingga sampai RMK10. Dalam tempoh 5 tahun ini sudah tentu ada banyak tekanan untuk ekonomi dunia bagi mempercepatkan lagi proses liberalization. Justeru itu, kalau kita tidak mengambil peluang RMK9 untuk melihat semula niat asal DEB, maka Melayu mungkin akan ketinggalan selama-lamanya.

Dalam perlaksanaan projek pembangunan dan kontrak-kontrak kerajaan di negeri Selangor, khususnya di dalam Daerah Sepang hendaklah mengambil kira kelayakan kontraktor tempatan melaksanakannya khususnya di kalangan ahli-ahli UMNO yang mampu melakukan kerja-kerja tersebut. Kini kita melihat hampir keseluruhan kerja-kerja tersebut dijalankan oleh mereka yang bukan di kalangan ahli-ahli UMNO.

Perlu diingat sekiranya bukan UMNO yang berkuasa dan memerintah mampukah mereka mendapat projek-projek tersebut. Konsep ‘parti menguasai kerajaan’ hendaklah diterapkan di semua jabatan-jabatan perkhidmatan awam agar ahli-ahli UMNO yang berjuang dan bekerja kuat kerana UMNO tidak dipinggirkan. Slogan tersebut janganlah dijadikan kata-kata sahaja tetapi harus dikota.

Maka persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sepang yang bersidang pada 15 Mei 2005 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi ini membuat ketetapan seperti berikut;

  • UMNO diperingkat pusat dan Badan Perhubungan Negeri perlulah menggerakkan semula Konvensyen Ekonomi untuk membincang dan merangka stategi pembangunan ekonomi untuk orang-orang Melayu agar tidak terus keciciran dengan bangsa-bangsa lain.
  • Perlantikan yang Dipertua Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Datuk Bandar hendaklah diteruskan di kalangan ahli-ahli politik yang mampu membawa sinar baru dan keyakinan ahli-ahli parti kepada pihak berkuasa kerajaan serta dapat memberi keutamaan kepada ahli-ahli parti dalam setiap urusan.
  • Pihak berkuasa kerajaan tempatan hendaklah merujuk kepada wakil-wakil rakyat di dalam menentukan nama-nama kontraktor untuk dipilih melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya bagi kelas F di dalam Negeri Selangor khususnya di Daerah Sepang agar ahli UMNO yang mempunyai lesen tersebut dapat membantu menggerakkan parti UMNO di semua peringkat.
  • Syarikat-syarikat agensi kerajaan dan swasta seperti Cyberjaya, KLIA, Malaysian Airport Berhad (MAB), F1 Sepang hendaklah mengutamakan kontraktor tempatan di kalangan ahli UMNO dalam projek-projek pembangunan di tempat mereka. Perlu diingat kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO lah yang telah mewujudkan syarikat-syarikat tersebut dan mereka perlulah mengingati UMNO itu.
  • IKS yang diperkenalkan oleh kerajaan hendaklah dipertingkatkan dari segi program latihan, pengawasan, pemantauan dan ditambah peruntukan bagi membantu peserta-peserta IKS tersebut. Kerenah birokrasi di agensi-agensi terlibat hendaklah dikurangkan.
  • Kementerian Pembangunan Usahawan hendaklah mendirikan Pusat Setempat IKS di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dengan harapan dapat membantu golongan pengusaha IKS memasarkan pengeluaran masing-masing
  • Kementerian Pembangunan Usahawan juga perlu menganjurkan kursus-kursus, latihan-latihan, seminar dan bantuan-bantuan berbentuk fizikal dan material secara berterusan serta memantau dari masa ke semasa keberkesanan dan kejayaan program tersebut. Program ini perlulah diperluaskan ke setiap peringkat Parlimen agar semua masyarakat mendapat manfaat.
  • Pinjaman TEKUN hendaklah diwujudkan semula dengan menambah jumlah pinjaman dari RM 5,000 kepada RM 15,000 dalam proses yang mudah dan diawasi setiap pemohon yang mendapat pinjaman
  • Kementerian Kewangan hendaklah menyelia dan menambah jumlah pinjaman kepada pengusaha-pengusaha Melayu untuk menambah modal bagi mengembang dan menggerakkan perniagaan. Sistem pinjaman bio-mikro hendaklah diteruskan dan dibenarkan membuat pinjaman dengan kadar minimum RM 50,000 bagi setiap peminjam.
  • Bantuan pertanian dan penternakan di bawah Kementerian Industri Asas Tani hendaklah telus serta merujuk kepada pimpinan tempatan dan politik dalam pengagihan bantuan agar peristiwa lalu tidak berulang lagi.
  • Pengeluaran sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada pengusaha-pengusaha makanan hendaklah diperketat dan diperincikan kerana 80 peratus kelulusan telah diberikan kepada pengusaha bukan Muslim. Mereka sewenang-wenangnya menggunakan sijil ini unuk kepentingan mereka mengaut keuntungan. Penguatkuasaan secara berterusan hendaklah diperhebatkan dengan denda maksimum hendaklah dikenakan kepada mereka agar mereka menghormati masyarakat Islam.
  • Lambakan siswazah-siswazah menganggur di dalam jurusan ekonomi hendaklah disatu dan dihimpunkan serta diwujudkan kursus-kursus serta lahitan ekonomi kepada mereka dan seterusnya diserapkan ke seluruh badan-badan kerajaan dan agensinya agar mereka dapat menyumbang ilmu dan tenaga yang ada kepada kerajaan.

    Adalah menjadi harapan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang bangsa Melayu ini akan menjadi bangsa yang berdaulat, memegang terus tampuk kuasa kerajaan, menguasai ekonomi kearah kejayaan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Di sokong Oleh :
  • Encik Yusri bin Abu, Ketua UMNO Cawangan Bukit Palembang (DUN Sungai Pelek)

    Di terima dengan sebulat suara

Baca Seterusnya!
AHLI JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPANG 2004-2007
Pengerusi Tetap
Sdr. Azizi Bin Gandan


Timbalan Pengerusi Tetap
Sdr. Ishamsul Kamal Bin Musa


Ketua Pemuda
YB. Tuan Haji Suhaimi Bin Mohd Ghazali


Naib Ketua
Sdr. Mustaffa Bin Rajimin


Setiausaha
Tuan Haji Sulaiman Bin Samia’an


Bendahari
Sdr. Shahrum Bin Dato’ Mohd Shariff


Ahli Jawatankuasa
  • Sdr. Ajaman Bin Misdam
  • Sdr. Ahmad Idris Bin Sarip
  • Sdr. Mohamad Zain Bin Bahaman
  • Sdr. Adni Bin Johari
  • Sdr. Mohd Ariffin Bin Mohd Razid
  • Sdr. Zainuddin Arif Bin Hassan
  • Sdr. Anuar Bin Basiran
  • Sdr. Abdul Nasir Bin Jajuli
  • Sdr. Sarip Bin Supar
  • Sdr. Amran Bin Risman
  • Sdr. Tajol Salim Bin Dato’ Mohd Yusoff
  • Sdr. Norazlisham Bin Mohd Ramli
  • Sdr. Zainal Abidin Bin Sahar
  • Sdr. Zulkepli Bin Mustapa
  • Sdr. Ngadenin Bin Musa
  • Sdr. Pairos Bin Samudin
  • Sdr. Bohairi Bin Haji Yusuf
  • Sdr. Zulkarnain Bin Othman
  • Sdr. Jeffri Bin Adeni

Baca Seterusnya!


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER